Lover's Anniversary0 comments
Monday, November 02, 2015 | Monday, November 02, 2015 | 0 Blackjack
بسم الله الرحمن الرحيمAssalamualaikum kalian semua. Semoga dilimpahi rahmat dan sentiasa dikurniakan kesihatan oleh Yang Maha Esa.
Alright... Post kali ini agak biasa biasa sahaja. Sekadar ucapan buat kedua orang tuaku yg menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke-20 pada tarikh hari ini. Alhamdulillah, semoga hubungan mereka kekal hingga ke Jannatul-Firdaus dan semoga mereka sentiasa bahagia di sisi kami, anak-anak mereka.
Sungguh, banyak perkara yg ditempuhi mereka selama perkahwinan ini, dugaan dan cabaran membesarkan kami berempat, susah senang liku-liku kehidupan dihadapi bersama. Semoga kita masih diberikan kesempatan utk bersama-sama dalam segala hal yg mendatang, sungguh aku sebagai yg pertama inginkan kesempurnaan bagi mereka yg telah banyak berkorban demi kami.
Duhai bunda, Duhai Ayahanda. Benar jasa kalian tidak mampu kami balas sebegitu,
Namun, akan kami berusaha sedaya upaya kami,
Demi kehidupan kita bersama di masa hadapan.
#TerimaKasihUtkKeduanya