ShiningBlack
❤️ Welcome, Stalker😚 ❤️ | Dashboard | +Follow
Kebusy-an dan kepenatan melampau Y0 comments
Friday, May 17, 2013 | Friday, May 17, 2013 | 0 Blackjack

Assalamualaikum, salam jumaat blogger & readers sekalian. Dalam kesibukan exam mid-year ni, farz sengaja cari jugak masa utk update sikit pasal ape yang dah berlaku latest ni. Anyway, masih tak terlambat kan nak ucapkan Selamat Hari Guru?

Menyentuh bab hari guru ni, memang farz pening. Yelah, nak kena handle majlis tu kan. Dah nama pun pengawas. Tapi, tulah. Tengah busy nak study, terpaksa pulak tangguhkan semata-mata utk rehearsal perarakan bagai. Tapi, tak menjadi pun rehearsal nya. Well, walaupun tugas farz sebagai ketua diorang, but still half of them taknak dengar kata !

Yelah, farz sedar lah kan sape diri farz ni. Cuma ketua diorang je. Tak segarang cecikgu kami pulak tuh. Dah dua hari farz balik lewat daripada biasa cause nak setup kan semua supaya menjadi. Tapi, bab perarakan ramai lah putera n puteri lilinnya. Sampaikan farz betul betul naik fed up dgn diorang. Masa hari guru pulak, which is semalam, memang farz rasa penat betul. Yelah, dari sampai sekolah terus berkejar ke sana sini nak handle persiapan terakhir. Pasal list anugerah guru lah, ape lah. Tak sempat nak berehat sangat. Tapi kadang pernah jugak terasa macam farz sorang je beria nak buat semua tu. Dan farz rasa farz ni memang tak sedar kemampuan diri sendiri kan. Bayang kan kalau petang time rehearsal tu, farz betul betul tak dapat kawal emosi farz. Masa tu pun farz dah rasa ketar lutut sebab tak larat dgn sehariannya tak makan.

Dan sekarang, ALHAMDULILLAH ! semua dah beres semalam, walau pun kepenatan tapi, time farz iring pengetua tu, ade reaksi positif dari pengetua. Okay, saya agak bangga lah ;D Walaupun mungkin tak seperfect yang kami harapkan, tapi kami dah mencuba yang terbaik.

Ohh, yaa. Tadi exam addmaths and guess what? Paper 2 agak payah ye. Paper1? ahamdulillah, hopefully paper 1 dapat lah cover utk paper2.

P/S: doakan farz n kawan kawan berjaya dalam setiap exam kay :)

Older PostNewer Post
Hello !


| Nor Farzana Abdul Haris | | 2+ | |BHons. Civil Engineering Student | |UMP| |..... And A Wanderer Wanders 🚶|


🐾 🐾 🐾



Navigation

Friends Links Entries

Clap for them


Basecode : SuhailaRoslan
Editor : WannyExham
Pictures : HafizahPija | Weheartit | Favim