Holiday bakal berakhir.0 comments
Tuesday, December 31, 2013 | Tuesday, December 31, 2013 | 0 Blackjack
Assalamualaikum semua. At first, farz ingat nak post entry pasal holiday farz selama seminggu di kampung. Tapi, oleh kerana tersentak oleh berita y amat mengejutkan semalam, farz rasa baik farz abaikan aje cerita pasal tuh.Waktu dlm perjalanan balik area permatang badak, farz dapat text dari Aiman mengatakan bahawa mak Amalia dah kembali kpd Penciptanya. Innalillah. Daripadanya kita datang dan kepadanya jua kita kembali. Al-Fatihah. . .
Berita tu amat mengejutkan farz sebab time beraya kat rumah dia dulu, arwah mak dia masih sihat, takde tanda tanda tengah sakit. Tapi, Allah lebih menyayangi beliau. Demi mencari kepastian, sesampai di rumah, farz terus call Lily and yet, berita tu memang betul. Menurut Lily, mak Ama dah lama sakit, tapi dah beransur sihat sebenarnya. Until recently dimasukkan ke wad. Dua hari lepas tu, meninggalkan dunia y fana ni. Semoga Ama and family tabah. Mudah mudahan arwah ditempatkan dalam kalangan orang orang y beriman. Aminn !
Lepas terima berita tuh, farz banyak terfikir macam mana penerimaan keluarga arwah. Sama jugak time terima berita kematian budak sekolah farz y agak rapat lah disebabkan oleh kemalangan harituh. Sesungguh nya kematian itu memang rapat dgn kita, cuma cepat atau lambat aja. Kita dah tahu tarikh kematian mereka tapi kita punya masih tersimpan kemas tanpa pengetahuan kita. Mudah mudahan kita masih berpeluang utk bertaubat kerana kita takkan pernah lari dari berbuat silap.
Mati itu sesuatu y pasti !