Kejadian Tuhan y tak diduga.0 comments
Saturday, December 07, 2013 | Saturday, December 07, 2013 | 0 Blackjack
Assalamualaikum , salam sejahtera to all blogwalkers sekalian.Lately korang mesti ade tengok berita kan pasal kejadian banjir di negeri Pantai Timur dan Johor? Or perhaps korang pun salah seorang mangsa banjir kan? Saat saat getir banjir terpaksa diharungi oleh farz and adik beradik tanpa parents. Boleh korang bayangkan tak macam mana takut and risau nya kitorang masa tuh?
Kejadian tuh memang tak siapa dapat duga kan. Nak nak lagi parents farz. Dah lah hari tuh, mak ayah kerja dari pagi. Yang farz tahu, mak akan balik malam sbb mak kerja OT. Pengalaman y agak menakutkan sbb awal pagi farz masih boleh bergurau dgn adik adik tanpa menyedari y air longkang depan rumah dah naik. Time mak call tanya keadaan, farz pun keluar memantau situasi kat luar. Dgn hujan y berpanjangan tanpa henti, menambahkan lagi kerisauan di hati mak dan kami adik beradik.
Air perlahan lahan naik sekitar pukul 11 lebih waktu pagi. Dan petang tu, rumah dah completely dimasuki air. Mak n ayah tak pututs putus call farz nak tahu situasi semasa. Ada satu masa tuh, air dah naik paras lutut farz and jiran semua dah senyap sunyi menandakan y diorang semua dah berpindah. Waktu tu mak call and farz dpt dgr suara mak sebak sbb mungkin risaukan kami, and waktu tu jugak lah farz menangis. Mana tak nya, kami empat beradik je ade kat rumah ni. Kalau takde jiran y perasan kami, habislah terpaksa mengharung air banjir dgn eiddien y masih kecik ni.
Mujur petang tu kak Syu perasan farz tgh otp dgn mak, kak Syu pun ajak kitorang pindah. Then, ayah call kata nak ambik kitorang. Bersyukur jugak sbb ade ayah y bekerja sbgai pegawai TUDM. Dgn trak Air force, ayah balik melalui jalan Sg Soi sbb jalan KIPSAS ditutup disebabkan banjir. Cuma Allah jela tahu perasaan farz masa tuh, Kena bergantung harap pd diri sendiri utk selamatkan diri and adik adik.
Alhamdulillah, kitorang masih selamat. Kitorang sekeluarga berlindung di pejabat ayah memandangkan ayah terlibat dgn Ops Banjir nih. 2 hari je kami di situ, hari hari kami balik tengok keadaan rumah and selamatkan ape y patut. Mujur lah banjir ni tak lama, beberapa hari berlalu banjir pun semakin surut. Seharian kerah tenaga utk kemas rumah. And saat ni, rumah belum siap dikemas lagi sbb masih banyak kain y perlu dibasuh dan dijemur walaupun cuaca kurang memuaskan di luar. Harini, hujan masih bercucuran tanpa menunjukkan tanda nak berhenti.
Even mak teh dikampung pun risau keadaan kami lepas dpt tahu kuantan banjir. Kat tempat kerja ayah, memang takde line sbb masuk bilik kebal. Nak contact pun memang tak boleh, mujur stay sekejap je. Sesungguhnya, banjir tahun ni lah paling teruk and ni lah pengalaman pertama farz meredah banjir without parents.
P/S: Alhamdulillah, bersyukur sgt sgt kpd Allah kerana masih lagi diberi kesempatan utk bernafas.
P/S: Mungkin ada hikmah parents farz tak bagi farz kerja, supaya dpt jaga adik adik drpd kejadian begini.
P/S: Semua kejadian ada hikmah :')