ShiningBlack
❤️ Welcome, Stalker😚 ❤️ | Dashboard | +Follow
Bongkok VS Bongkak0 comments
Tuesday, January 07, 2014 | Tuesday, January 07, 2014 | 0 Blackjack
Bismillah..
Assalamualaikum semua. Sementara usaha mencari kerja giat diteruskan, otak ni selalu je terfikir nak update blog walaupun tak banyak sangat nak distorykan. So, right now 24/7 lah boleh update kan.

About title atas tuh, HAHA agak pelik kan? Act, nak menyingkap lah sikit perbezaan antara dua tuh walaupun ejaan dah hampir serupa kan.

Bongkok sebenarnya keadaan fizikal badan seseorang manakala bongkak tuh sikap seseorang, adik beradik sombong lah ni. Okay, farz nak tanya : Antara dua tuh, mana y kena dgn farz? Haha. Simpan lah korang punya jawapan tuh, takut nanti mengecewakan farz ecehh xD. Sebenarnya, farz nak reveal lah secret sikit. Yang sebenar benar nya lagi, farz ni agak bongkok tapi tak serius sangat lah, sikit je pun. Hoihoi. Tak malu dah nak share kan xD Well, bongkok ni biasanya lebih ketara nampak pada orang y sekeping a.k.a kurus and tinggi *farz perasan pulak. Macam abang sepupu farz, dah lah tinggi macam si Kwang Soo tuh, dan sekeping pulak tuh . Badan dia memang melengkung kalau korang tengok sendiri lah.

Haha.Oh ye, bagi mengatasi masalah ni drpd terus melarat dan serius, farz pun search lah internet macam mana nak be like a normal girl *walaupun farz memang dah normal hihi. Sebab tu lah farz agak kurang berkeyakinan, ye takk? So, kalau korang nak tahu macam mana cara nak handle semua nih, search aje. Everything is just on your tip of finger. Dunia penuh dgn teknologi kan.

Mujur la farz ni bongkoknya sikit aje. Tapi mak ayah pernah lah pesan, cuba utk betulkan balik cara farz duduk etc. Ni semua sbb mereka kata nanti kalau dah tua lagi membongkok macam nenek nenek tuh. Jadinya perlu start dari sekarang lah. Kalau tak, mesti menyesal tak sudah lah kan. Cara duduk, cara berjalan semua tuh mempengaruhi. Kadang dulu ade lah jugak konon nak duduk tegak, tapi lama kelamaan tindakan tanpa sedar membuatkan kedudukan kembali membongkok. Hmm.

Anyway, farz bersyukur lah sebab takde sakit macam Scoliosis y menyebabkan penghidap kena lakukan pembedahan sekiranya serius. Penyakit ni lagi jelas ketara sebab rangka badan mereka tak bersimetri. Hoho, nampak tak y farz aplikasikan pengetahuan bio xD

Haha. Okay lah, melalut sangat dah ni kan. Sampai sini jelah kot. Eh, sebelum terlupa, doakan mudah mudahan farz dapat lah kerja secepat mungkin iye. Taknak dah makan tidur makan tidur aje, bosan.

Older PostNewer Post
Hello !


| Nor Farzana Abdul Haris | | 2+ | |BHons. Civil Engineering Student | |UMP| |..... And A Wanderer Wanders 🚶|


🐾 🐾 🐾



Navigation

Friends Links Entries

Clap for them


Basecode : SuhailaRoslan
Editor : WannyExham
Pictures : HafizahPija | Weheartit | Favim