Episod Baru Sudah Bermula 0 comments
Friday, September 18, 2015 | Friday, September 18, 2015 | 0 Blackjack
بسم الله الرحمن الرحيمAssalamualaikum semua. Apakah khabarmu disana? Disini ku sihat sihat sahaja . Alhamdulillah utk segala kurniaanNya dalam hidup ni.
Alhamdulillah kesyukuran yg tak terhingga juga sebab farz dah dapat sambung degree di Universiti Malaysia Pahang (UMP) course Kejuruteraan Awam. So, now i'm officially a
Farz tersangat sangat bersyukur biarpun tak dapat course yg diidamkan dari dulu, tapi because being offered for this course in UMP, farz grab je. Sebabnya, dekat betul dengan rumah. Hehehehehe. Boleh dikatakan hampir setiap kali ade cuti akan balik kerumah. Biarpun takde orang nak fetch ke ape, itulah gunanya Rapid. Manfaatkan sehabis mungkin.
Masih lagi dalam konteks bersyukur, alhamdulillah, ramai jugak sahabat KeMeNeS yg terlihat disini. Ain & Echah pun ada di sini cuma ain di kampus Pekan while me and echah di kampus gambang. Bila difikirkan balik, ini memang rezeki orang kata. Ada jugak yg kata jodoh farz. Mungkin lah. Tapi sememang nya ade jugak kebenaran even sikit. Kalau nak imbas balik, dulu dapat offer teknik utk course civil ni, tapi farz stay jugak kat sekolah harian. Then, dapat offer civil lagi dari KPTM lepas SPM dulu. So, for now farz redha aje. Lagipun memang parents nak anak dia ni apply for engineering kan. InshaAllah dipermudahkan.
Hidup kat universiti ni .... yepp... memang bebas. Takde siapa pun yg nak kisah korang keluar balik pukul berapa semua tuh. Tiada lagi nak scan card utk keluar masuk u. Sungguh taksama macam time matrik dulu. When in here, people must care for their own self. Memang takkan ada siapa yg ambil kisah. Sungguh, memang first dulu farz & echah agak shock, but inshaAllah we can get through this. Semangat, sokongan, bimbingan member n family memang betul betul diperlukan utk student so that takde lah yg terpesong sangat .
Semoga perjalanan hidup di UMP ni berjalan dgn lancar. Semoga rajin sentiasa. Semoga cemerlang sentiasa
#PS: Kawan kawan, walau kat mana pun korang semua hope tak lupa lah friendship yg dah terbina lama nih. Semoga kita sentiasa happy menjalani hidup sebagai budak U and semoga kita semua cemerlang dan menjadi SOMEBODY suatu hari nanti !
#PS: Andai kata ada antara korang yg merancang nak makan nasi minyak awal, jangan lupa ajak. Manalah tahu, memasing dah duk jauh nih... Hehehehehehehe